Home Dunia Korea Utara mahu jadi kuasa nuklear terkuat dunia – Jong-un

Korea Utara mahu jadi kuasa nuklear terkuat dunia – Jong-un

Kim Jong-un

SEOUL – Kim Jong-Un berikrar menjadikan Korea Utara sebagai kuasa nuklear terkuat di dunia.

Korea Utara telah menggegarkan komuniti antarabangsa dengan pelancaran beberapa siri peluru berpandu dan ujian nuklear yang terbesar sejak beberapa bulan kebelakangan ini dalam usaha membangunkan peledak yang mampu membedil Amerika Syarikat.

Jong-un memberitahu para pekerja balik tabir ujian peluru berpandu bahawa Korea Utara akan mencapai kemenangan dan menjadi kuasa nuklear dan tentera terkuat di dunia, menurut laporan agensi berita Pyongyang, KCNA.

Pemimpin Korea Utara itu membuat kenyataan tersebut ketika dunia meningkatkan sekatan ke atas ekonomi dan hubungan diplomtik dengannya dalam usaha untuk menghentikan aktiviti nuklear dan peluru berpandunya.

Namun, sekatan itu tidak diendahkan Pyongyang, sebaliknya terus melancarkan senjatanya, sekaligus menimbulkan cabaran besar kepada Presiden Donald Trump. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast