Jerome Powell

WASHINGTON – Senat Amerika Syarikat mengesahkan Jerome Powell sebagai Gabenor Rizab Persekutuan bagi Janet Yellen.

Powell yang mendapat undi 84-13 daripada Senat yang dikuasai oleh Parti Republik untuk meluluskan pelantikannya untuk menduduki kerusi Rizab Persekutuan untuk tempoh empat tahun bermula awal bulan depan.

Undi menentang Powell membabitkan wakil Demokrat dan Republikan.

Powell, 64, akan mengambil alih kepimpinan Rizab Persekutuan dengan situasi polisi monetari yang semakin stabil dengan kenaikan kadar faedah lebih tinggi dan kunci kira-kira yang semakin kecil.

Beliau yang dipilih oleh Donald Tump pada November lalu merupakan calon bukan kontroversi kerana pandangan polisi monetarinya seiring dengan Yellen.

Berkhidmat dengan Rizab Persekutuan sejak 2012 dan dari semasa ke semasa menjadi menyokong konsensus yang dilaksanakan oleh Yellen terutama membabitkan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur dan pengurangan yang perlahan dalam kepemilikan aset ketika berhadapan dengan krisis.

Powell juga dilihat tidak pernah membantah keputusan dasar monetari selama hampir enam tahun di Rizab Persekutuan. – MalaysiaGazette