Kakitangan beberapa syarikat milik kerajaan dipercayai masih lagi menunggu lampu hijau daripada Kementerian Kewangan untuk kelulusan bagi pembayaran bonus.
MOF

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad menjelaskan pada 7 Mac 2011, ia telah menerbitkan Saham Tukar Boleh Tebus Terkumpul (RCCPS) sebanyak RM3 bilion kepada Kementerian Kewangan.

RCCPS itu merupakan modal disuntik Kementerian Kewangan sebagai pemegang saham 100 peratus Khazanah yang mempunyai hak untuk panggilan semula (iaitu menebus) pada bila-bila masa.

Pada 14 Mac 2014, Kementerian Kewangan telah menebus RM1.8 bilion daripada RM3 bilion yang diterbitkan.

Manakala pada 11 Ogos, Kementerian Kewangan menebus sejumlah RM1.199 bilion daripada RM1.2 bilion RCCPS.

Penjelasan itu dibuat berhubung laporan Reuters bertajuk ‘Kerajaan Malaysia terdahulu menggunakan wang diraih daripada Khazanah untuk bayaran tunggakan 1MDB’.

“Sebagai pemegang tunggal RCCPS, Kementerian Kewangan mempunyai hak untuk menebus RCCPS pada bila-bila masa. Penebusan RCCPS berkuat kuasa pembayaran balik modal pemegang saham oleh Khazanah kepada MOF,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ia juga relevan untuk bahawa Khazanah tidak mempunyai kawalan ke atas penggunaan dana sebaik sahaja RCCPS ditebus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast