Cahron
Charon Wardini Mokhzani

KUALA LUMPUR – Malaysian Industrial Development Finance Bhd. (MIDF) telah mendapat kelulusan daripada Bank Negara Malaysia untuk melantik Charon Wardini Mokhzani sebagai pengarah urusan kumpulannya, lapor Bloomberg.

Menurut sumber yang rapat dengan perkara tersebut, bekas Pengarah Urusan Khazanah Research Institute itu bakal menggantikan Datuk Najib Abdullah yang akan tamat kontrak tidak lama lagi.

Charon yang meninggalkan Khazanah pertengahan bulan ini selepas lima tahun bersama sayap pelaburan negara itu dijangka menyertai MIDF pada Julai ini, kata sumber yang enggan dinamakan itu.

Jurucakap MIDF enggan memberikan komen ketika dihubungi manakala wakil BNM berkata, bank pusat itu tidak akan memberi komen berhubung satu-satu institusi kewangan.

Charon yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang perbankan dan korporat pernah menjadi ketua bank pelaburan CIMB. – Agensi