KUALA LUMPUR – Malaysia antara 10 buah negara utama yang dijangka terjejas dengan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat ke atas produk-produk China.
Sembilan negara lain termasuk Taiwan, Singapura, Korea, Hong Kong, Chile, Arab Saudi, Filipina dan Jepun.
Schorder dalam laporannya berkata, meskipun tumpuan diberikan kepada China dalam perang perdagangan dengan Amerika Syarikat tetapi ekonomi pasaran baru muncul (EM) juga derita sama.
Dalam beberapa kes, kerajaan di negara-negara lain yang kekurangan sumber-sumber Beijing, bakal menghadapi tekanan politik domestik yang lebih besar untuk bertindak.
Tambahan pula, tarif eksport China lebih banyak untuk EM berbanding eksport Amerika Syarikat, lantaran itu ‘kesakitan’ tertumpu di EM Asia.
Menurut laporan itu, kebanyakan ekonomi dan syarikat di luar Amerika Syarikat dan China akan terdedah kerana kesalinghubungan bekalan dan rantaian pendapatan, meletakkan pertumbuhan ekonomi dalam risiko.
“Mungkin terdapat beberapa ekonomi yang kurang terdedah kepada kesan pertama tarif. Namun kerosakan segera tertumpu terutamanya di EM Asia, sementara ekonomi yang agak tertutup seperti Brazil dan India lebih terlindung berbanding ekonomi lain sekiranya berlaku perang perdagangan global,” kata laporan tersebut.
Amerika Syarikat telah bertindak mengenakan tarif 25 peratus ke atas besi dan 10 peratus ke atas aluminium yang diimport China bagi menangani pengurangan defit perdagangan negara itu.
Ekonomi terbesar dunia itu kemudian mengumumkan tarif sebanyak 25 peratus lagu ke aras import China bernilai AS$50 bilion termasuk jentera, aero angkasa, teknologi maklumat dan komunikasi.
Susulan itu, China bertindak balas mahu mengenakan tarif 25 peratus ke atas eksport Amerika Syarikat termasuk buah epal.
Presiden Donald Trump meminta Perwakilan Perdagangan Amerika Syarikat untuk pertimbangan tarif berjumlah AS$100 bilion bagi produk-produk China.
Schorder berkata, berdasarkan tarif yang dicadangkan, impak harga langsung untuk pengguna Amerika Syarikat terhad.
Umumnya, Amerika Syarikat telah menghindari sasaran barangan pengguna, jadi kebanyakan kesan adalah melalui peningkatan pengeluaran kos bagi firma-firma Amerika Syarikat.
Akibatnya, kuasa harga bagi syarikat-syarikat agak terhad dan menyukarkan kadar yang boleh diserap kepada pengguna.
“Satu pengecualian yang mungkin adalah ancaman daripada Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif 25 peratus ke atas import kenderaan, yang akan diterjemahkan dengan segera ke atas kenaikan harga bagi pengguna akhir. – MalaysiaGazette