Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPURA – Minyak mentah melonjak dua peratus dalam dagangan hari ini, turut menyaksikan minyak Amerika Syarikat mencecah AS$70 setong buat kali pertama dalam tempoh dua bulan.

Kenaikan itu susulan pengaruh Washington supaya sekutu-sekutunya menghentikan import minyak mentah Iran.

Pasaran terus meningkat dalam perdagangan selepas Institut Petroleum Amerika mengatakan inventori minyak Amerika Syarikat jatuh 9.2 juta tong, jauh melebihi kejatuhan 2.6 juta tong yang disasar awal.

Minyak mentah Brent naik sebanyak AS$1.58 kepada AS$76.31 setong, sementara minyak mentah West Texas Intermediate bertambah sebanyak AS$ 2.45 kepada AS$70.53.

Dalam pasca penyelesaian dagangan, Brent telah meningkat kepada $76.61 setong, manakala minyak Amerika Syarikat naik kepada $ 70.76 setong.

Washington sedang berusaha keras mempengaruhi sekutu-sekutunya menghentikan import minyak Iran dari bulan November ini, kata pegawai kanan Jabatan Negara, sambil menambah ia tidak akan memberikan pengecualian kepada sekatan.

Presiden Donald Trump pada bulan Mei lalu berkata, pentadbirannya telah membatalkan perjanjian dengan Iran dan enam kuasa dunia bertujuan untuk mengekang keupayaan nuklear Tehran bagi pertukaran penarikan balik beberapa sekatan.

Eksport minyak Iran susut kira-kira 1.93 juta setong pada Jun daripada 2.38 juta setong pada bulanMei dan 2.58 juta tong pada bulan April.

Amerika Syarikat berkata, India dan China perlu menghentikan import minyak Iran walaupun secara rasmi Washington belum bercakap kepada kedua-dua negara itu. – MalaysiaGazette