Fahmi Fadzil
Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata niatnya untuk menukar nama Bangsar South kepada Kg Kerinchi tidak berjaya apabila terdapat kekangan.

Menurut beliau, ia disebabkan oleh masalah yang timbul daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan juga pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

“Saya telah maklumkan media bahawa nama Bangsar South kekal, dan ia dijadikan satu “taman” (seperti Lucky Garden atau Bkt Bandaraya di Bangsar) dalam kawasan Kerinchi yang lebih besar.

“Nama, sejarah serta identiti Kerinchi (wilayah yang lebih besar) akan diangkat martabatnya,” demikian menurut Fahmi dalam Twitter beliau hari ini.

Status Fahmi turut mendapat reaksi daripada netizen.

Antaranya @fahmieramlan yang mempersoalkan kekangan itu di media sosial.

“Kerinchi tukar bangsar south senang..bangsar south nk tukar kerinchi susah?” katanya.

“YB FF, ‘Bangsar South’ should go. If the sole reason for the rebrand by conniving and greedy real estate developers is commercial, it shouldn’t override and erase history.

“Nama asal ‘Kerinchi’ kan? Sebab nampak kampungan ke?” komen @ATMology.

Malah ada juga yang mengecam tindakan Fahmi yang menyifatkan niat beliau cuma satu tindakan bodoh dan mahu meraih undi rakyat.

“Haha ko yg sembang kencang,” kata @mrazz.

“Tak pasal pasal nampak bodoh hahahah,” respon daripada @RahmanMalaya.

Sebelum ini, Fahmi yakin nama Kampung Kerinchi yang dijenamakan sebagai Bangsar South sejak enam tahun lalu dapat dikembalikan kepada nama asal yang berorientasikan Melayu.

Penukaran nama kepada Kampung Kerinchi termaktub dalam manifesto beliau ketika bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) lalu.

Fahmi sebelum ini berharap perkara itu akan terlaksana dalam tempoh 100 hari dirinya sebagai wakil rakyat dengan bantuan DBKL. – MalaysiaGazette