Kamarul Ariffin Mohd Jamil (paling kiri) dan Zulkanain Kassim (dua dari kanan) mengedarkan Jalur Gemilang kepada kakitangan Affin Bank di Menara Affin, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR –  Dalam memupuk semangat patriotisme sempena Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-61, Affin Bank Berhad (Affin Bank) hari ini mengagihkan 500 bendera kepada kakitangan dan para pelanggannya di Ibu Pejabatnya di Menara Affin serta cawangan-cawangan di The Curve dan MyTown Shopping Centre.

Bendera-bendera itu diedarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Kamarul Ariffin Mohd Jamil, Ketua Pegawai Operasi, Zulkanain Kassim dan Pengarah Perbankan Pengguna, Idris Abd Hamid.

Kesemua 110 cawangan Affin Bank di seluruh negara juga mempamerkan pelekat tema sambutan kemerdekaan tahun ini “Sayangi Malaysiaku”. – MalaysiaGazette