Hugo Lloris

LONDON – Penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris mencetuskan kontroversi apabila ditahan polis sebanyak dua kali bulan lalu.

Daily Mail melaporkan, kapten Spurs itu ditahan kerana memandu dalam melebihi had laju.

Dia akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Westminster pada 12 Sepetember ini.

Senario itu bakal menyaksikan Lloris kehilangan lilitan kapten di Spurs dan kemungkinan Harry Kane akan mengambil alih tugas itu.

Selepas ditahan, Lloris yang menerima gaji 150,000 poun seminggu dibawa ke balai polis Charing Cross dan dilaporkan berada di situ selama tujuh jam sebelum diikat jamin.

“Saya ingin memohon maaf kepada keluarga, peminat, kelab, rakan sepasukan danpengurus.

“Minum alkohol dan memandu tidak boleh diterima sama sekali.

“Saya bertanggungjawab di atas tindakan tidak sepatut ini dan ia bukan contoh terbaik diri saya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast