pelakon tempatan berusia 25 tahun ditahan miliki dadah di TTDI
Artis pelakon wanita popular tempatan dicekup miliki dadah

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan penerimaan laporan polis berhubung kes liwat melibatkan mangsa-mangsa pelajar Pusat Tahfiz yang terletak di Kepong.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pengadu merupakan seorang guru agama pusat berkenaan hadir bersama mangsa liwat mengemukakan laporan itu.

“Sembilan orang pelajar lelaki pusat tahfiz dalam lingkungan umur 11 hingga 16 tahun telah memaklumkan kepada pengadu berkenaan perlakuan seorang lelaki berumur lebih kurang 30 tahun yang juga merupakan pengetua pusat tahfiz tersebut telah mencabul dan meliwat mangsa-mangsa tersebut,’ katanya dalam kenyataan malam tadi.

Tambah Zainuddin, kes itu telah disiasat oleh pihak polis dan pertuduhan telah dibuat di Mahkamah Seksyen Putrajaya pada 19 September 2018.

Tertuduh didakwa di mahkamah melibatkan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes-kes sebegini diminta supaya tidak was-was dan bertindak melaporkan kepada pihak Polis agar tindakan sewajarnya dapat diambil.

“Kerjasama orang ramai amatlah diperlukan dalam memastikan kesejahteraan dan keselamatan rakyat dan negara ini terus terjamin,” tegasnya- MalaysiaGazette.