Semua Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini diminta mengadakan solat hajat bagi mendoakan agar anggota mereka, Wan Mohd Arif Wan Yahya, yang dikhuatiri lemas dan hilang di Sungai Paka dekat Kampung Durian Mentangau, Dungun, Jumaat lepas ditemui.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki berusia 42 tahun maut selepas dipukul sekumpulan individu di sebuah Projek Perumahan Rakyat di Lembah Subang, Petaling Jaya dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.20 pagi, mangsa Dharma Dass Muniandy yang sedang berada di rumahnya didatangi kira-kira tujuh lelaki yang menariknya keluar dan memukulnya di kawasan tempat letak kereta.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din berkata, mangsa yang cedera meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Suspek melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Proton Waja dan salah seorang daripada mereka telah ditahan petang ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast