Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Tan Sri Noor Azlan Ghazali. foto FAREEZ FADZIL,
Noor Azlan Ghazali

KUALA LUMPUR – Tempoh perlantikan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali akan berakhir pada 31 Disember 2018.

Menurut UKM, tempoh tamat kontrak itu tiada kaitan dengan kontroversi program wacana yang membabitkan aktivis sosial, Hishamuddin Rais pada 13 November lalu, sepertimana yang cuba dikaitkan sesetengah media.

“Bahkan langkah mengenal pasti calon pengganti telah dibuat sejak beberapa bulan lalu,” katanya dalam kenyataan.

Isu itu timbul apabila Hishamuddin mendakwa UKM menghalangnya menyampaikan kuliah dalam satu program di kampus universitu tersebut dan meminta Menteri Pendidikan, Maszlee Malik menyiasat dasar lapuk yang masih diamalkan institusi pengajian tinggi awam.

Berikutan itu, Kementerian Pendidikan memohon media agar mengelak daripada menyiarkan laporan yang tidak tepat bagi mengelak daripada sebarang kekeliruan. – MalaysiaGazette