KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Lelaki terbabit terlibat dalam klip video berdurasi empat minit 50 saat menerusi laman Facebook. http://www.facebook.com/hati.murah.50/videos/765750133758892

Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat atau mengenali individu berkenaan supaya menghubungi Inspektor Mohd Nasir Abu Hasan dari Bahagian Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di talian 03-2266 6071 atau 013-773 6813 atau mana-mana balai polis berhampiran. – MalaysiaGazette