Lapangan terbang baharu Istanbul. foto Agensi

ISTANBUL –  Lapangan terbang baharu Istanbul akan beroperasi sepenuhnya pada 3 Mac tahun depan selepas projek yang menelan kos sebanyak AS$12 bilion itu beberapa kali tertangguh

Ia bakal menjadi lapangan terbang paling sibuk di dunia.

Setakat ini hanya beberapa syarikat penerbangan sahaja beroperasi di situ.

Operasi sepenuhnya sebelum ini dijadualkan bermula pada Januari 2019 tetapi dianjakkan pada awal Mac, menurut laporan akhbar Milliyet.

Ia kerana terdapat beberapa isu seperti lopak air di terminal penumpang dan banjir di kawasan letak kereta.

Lapangan terbang itu mampu mengendalikan 90 juta penumpang setahun dan boleh ditingkatkan kapasitinya hingga 200 juta, kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast