Patung Sardar Vallabhbhai Patel yang menjadi lambang kesatuan. foto Agensi

NEW DELHI – India telah mula memindahkan kira-kira 300 ekor buaya dari sebuah takungan di sebelah patung tertinggi di dunia untuk membolehkan perkhidmatan kapal terbang laut diwujudkan untuk pelawat.

Reptilia-reptilia itu ada yang sepanjang tiga meter (9 kaki) panjang ditangkap masuk ke dalam sangkar logam dan dihantar ke tempat lain di negeri barat Gujarat.

Tetapi aktivis haiwan telah mengkritik tindakan tersebut yang disifatkan sebagai penganiayaan terhadap buaya yang dilindungi.

Pengarah Pusat Sains Komuniti, Jitendra Gavali berkata, tindakan kerajaan itu telah menganggu kehidupan reptilia berkenaan dan mengundang risiko.

Patung setinggi 182 meter itu memaparkan pahlawan kebebasan, Sardar Vallabhbhai Patel telah dirasmikan pada Oktober lalu.

Arca patung gangsa itu terletak kira-kira 200 kilometer (125 batu) dari bandar utama Ahmedabad, telah menjadi daya tarikan popular.

Kos pembinaan patung itu ialah 29.9 bilion rupee (AS$430 juta).

Tetapi tidak ada perkhidmatan kereta api dan kebanyakan pelancong sampai ke tapak yang dikenali sebagai “Patung Perpaduan”, kecuali dengan bas.

Pemindahan buaya-buaya itu atas faktor-faktor keselamatan.

Setakat ini berpuluh-puluh buaya telah diangkut. – MalaysiaGazette