Qatar julung kali muncul juara Piala Asian 2019 selepas menundukkan juara bertahan Jepun 3-1 dalam aksi perlwanan akhir di Abu Dhabi semalam.Photo: the Guardian

QATAR – Tuan rumah Piala Dunia 2022, Qatar julung kali menjuarai Piala Asia 2019 dengan ‘menjinakkan’ Jepun 3-1 dalam aksi final semalam.

Jepun merupakan juara empat kali temasya itu sebelum tunduk kali ini kepada Qatar dalam aksi dramatik di Abu Dhabi.

Penyerang, Almoez Ali memecahkan rekod jaringan pada satu-satu temasya dengan menyumbat gol ke-9 sepanjang kempen Piala Asian kali ini.

Gol pertama hadir menerusi Zainalabiddin Abdulla pada minit ke-12 sebelum gol kedua dijaringkan Abdulaziz Hatem pada minit ke-27.

Penyerang Jepun Takumi Minamino merapatkan kedudukan menerusi gol pada minit ke-67 di babak kedua.

Bagaimanapun Qatar bertambah agresif sebelum Akram Afif membuka gol ketiga yang juga gol kemenangan pada menerusi penalti pada minit ke-83.

Qatar memperoleh penalti itu selepas pemain Southampton Maya Yoshida didapati bersalah menahan bola dengan tangan menerusi sistem Video Bantuan Pengadil (VAR).

Secara keseluruhannya, Jepun menguasai 62 peratus perlawanan tetapi gagal memanfaatkan sepenuhnya untuk mencipta kemenangan ke atas Qatar.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast