Pada 5 petang, indeks penanda aras itu mengakhiri dagangan dengan menokok 3.16 mata atau 0.18 peratus kepada 1,724.58 daripada 1,721.42 yang dicatat pada Jumaat lepas.
Selepas dibuka meningkat 0.92 mata kepada 1,722.34, FBM KLCI itu bergerak dalam lingkungan 1,717.41 dan 1,724.58 sepanjang dagangan hari ini.
Sentimen pasaran adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi untung iaitu 481 berbanding 386 manakala 380 kaunter tidak berubah, 618 tidak diniagakan dan 34 lain digantung.
Jumlah dagangan susut kepada 2.62 bilion unit bernilai RM2.15 bilion daripada 2.66 bilion unit bernilai RM2.33 bilion pada Jumaat lepas.
Seorang peniaga berkata syarikat konsesi tol dan pembinaan yang terbabit dalam pengurusan lebuh raya terjejas berikutan laporan bahawa kerajaan telah memulakan rundingan bagi mengambil alih beberapa lebuh raya dalam usaha memansuhkan tol.
Gamuda misalnya susut 18 sen kepada RM2.86 selepas kerajaan mengumumkan telah memulakan rundingan dengannya bagi pengambilalihan empat konsesi lebuh raya dengan pegangan majoriti oleh syarikat itu.
Syarikat konsesi tol lain seperti IJM Corp rugi 11 sen kepada RM1.88, Ekovest susut 3.5 sen kepada 56.5 sen manakala Lingkaran Trans Kota Holdings merosot 43 sen kepada RM4.17.
Saham wajaran tinggi menyaksikan Public Bank untung empat sen kepada RM25.02, TNB naik enam sen kepada RM13.50, Hong Leong Bank meningkat enam sen kepada RM21.28, Maybank tidak berubah pada RM9.54, IHH Healthcare turun lima sen kepada RM5.75 dan Axiata merosot lapan sen kepada RM4.17.
Petronas Chemicals sebaliknya meningkat 13 sen kepada RM9.16 selepas mencatat prestasi kewangan lebih kukuh bagi tempoh berakhir 31 Dis, 2018.
Bagi saham aktif, Dayang Enterprise meningkat 22.5 sen kepada RM1.02, Sapura Energy menokok setengah sen kepada 32 sen, Perdana Petroleum naik 3.5 sen kepada 32.5 sen, Bumi Armada tidak berubah pada 20 sen dan Prestarian turun 1.5 sen kepada 43 sen.
Indeks FBM Emas susut 1.56 mata kepada 12,000.94, Indeks FBMT 100 turun 2.46 mata kepada 11,856.42 namun Indeks FBM Emas Shariah naik 7.53 mata kepada 11,960.64.
FBM 70 merosot 102.90 mata kepada 14,312.56 manakala Indeks FBM Ace susut 28.50 mata kepada 4,686.98.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 2.08 mata kepada 17,842.80, Indeks Perladangan naik 13.92 mata kepada 7,427.02 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri menambah 1.01 mata kepada 169.04.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama susut sedikit kepada 1.82 bilion saham bernilai RM1.98 bilion daripada 1.83 bilion saham bernilai RM2.13 bilion, sebelum ini.
Waran pula berkurangan kepada 528.53 juta unit bernilai RM109.99 juta berbanding 567.94 juta unit bernilai RM133.29 juta, sebelum ini.
Di Pasaran ACE, jumlah dagangan berkurangan kepada 260.43 juta saham bernilai RM55.74 juta berbanding 264.44 juta saham bernilai RM65.31 juta yang dicatatkan pada Jumaat.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 283.69 juta saham yang didagangkan di Pasaran Utama manakala produk dan perkhidmatan industri (287.60 juta), pembinaan (205.54 juta), teknologi (152.83 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (42.16 juta) hartanah (128.03 juta), perladangan (28.86 juta), REIT (7.30 juta), dana tertutup (6,100), tenaga (566.38 juta), penjagaan kesihatan (30.11 juta), telekomunikasi dan media (35.02 juta), pengangkutan dan logistik (28.13 juta) serta utiliti (26.62 juta). – MalaysiaGazette