SINGAPURA – Harga minyak naik sebanyak 1.0 peratus dalam dagangan hari ini dengan Brent mencecah paras tertinggi sejak bulan November.

Kenaikan itu dipacu oleh persediaan Amerika Syarikat untuk mengakhiri semua import minyak Iran.

Kontrak hadapan Brent didagangkan pada paras tinggi November 2017 kepada AS$72.70 setong, naik 1.0 peratus berbanding harga penutup.

Manakala West Texas Intermediate (WTI) pula diniaga pada harga AS$64.70 setong.

Amerika Syarikat dijangka mengumumkan keputusan itu pada hari Isnin dan semua pengimport minyak Iran perlu mengakhiri import masing-masing atau dikenakan sekatan.

Washington mengenakan semula sekatan pada bulan November lalu bagi eksport minyak Iran selepas Presiden Donald Trump menaik balik Perjanjian Nuklear 2015.

Bagaimanapun, Amerika Syarikat memberi pengecualian kepada lapan pembeli utama minyak Iran, kebanyakannya di Asia.

Pengecualian itu sehingga tempoh enam bulan sahaja. – MalaysiaGazette