Bank Negara
Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan semula Dr. Yeah Kim Leng dan Datuk Dr. Gan Wee Beng sebagai ahli luar Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia berkuatkuasa 1 April 2019.

Dalam satu kenyataannya di sini hari ini, BNM berkata, pelantikan tersebut adalah mengikut enakmen Akta Bank Negara Malaysia 2009 yang menyediakan peruntukan untuk melantik ahli luar ke dalam MPC.

Jelasnya, pelantikan semula Kim Leng adalah untuk tempoh setahun manakala pelantikan Wee Beng adalah selama dua tahun.

“MPC bertanggung jawab untuk memformula dasar monetari dan dasar-dasar bagi menjalankan operasi monetari.

“Dasar monetari diformulakan dan dilaksanakan oleh BNM seperti mana mandat yang diberikan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.

“Pelantikan Kim Leng dan Wee Beng akan terus menambah sumber kepakaran dan pengalaman yang diperlukan dalam jawatankuasa tersebut,” katanya.

Susulan dua perlantikan terbaharu itu, MPC kini mempunyai tujuh ahli termasuk Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Yunus.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast