KUALA LUMPUR- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi, tetapi turun selepas itu, sejajar prestasi pasaran serantau dan prestasi lemah semalaman di Wall Street.
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.08 mata kepada 1,642.21, daripada 1,642.29 penutup Selasa.
Indeks penanda aras itu dibuka 0.17 mata lebih baik pada 1,642.46.
Pasaran ditutup semalam sempena Hari Buruh. – BERNAMA