SYDNEY – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini,  optimistis terhadap rundingan perdagangan antara Washington dan Beijing yang terjejas menyebabkan para pelabur takut perang tarif berlarutan akan merosakkan pertumbuhan ekonomi global.

Niaga hadapan Brent didagangkan sebanyak AS$70.85 setong pada 0021 GMT, naik AS$0.48 atau 0.7 peratus berbanding harga penutup. Brent ditutup dengan sedikit perubahan dalam sesi sebelumnya.

Kontrak hadapan West Texas Intermediate (WTI) diniaga pada AS$62.29 setong naik AS$0.59 berbanding hari penyelesaian terakhir. WTI ditutup susut 0.7 peratus.

Para penganalisis berkata, harga minyak menyaksikan sokongan harapan terhadap rundingan perdagangan Amerika Syarikat dan China.

Presiden Donald Trump dilaporkan telah menerima ‘surat’ daripada Presiden Xi Jinping.

Trump memaklumkan surat Jinping itu berkata: “Mari bekerjasama, lihat apa yang kita boleh lakukan”.

Namun, para pedagang masih berhati-hati memandangkan Washington sedang bersedia dengan rancangan untuk menaikkan tarif bagi barangan China bernilai AS$200 bilion.

“Hasil rundingan Amerika Syarikat-China masih tidak menentu,” kata Penganalisis Kanan Pasaran Oanda, Alfonso Esparza. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast