Enam pagawai polis di Rajasthan didakwa bunuh lelaki dan rogol isteri mangsa secara berkumpulan dala kejadian semalam.

INDIA – Seorang lelaki mendakwa adik lelakinya dibunuh secara ganas manakala isteri mangsa yang juga adik iparnya didera secara seksual selepas ditahan di sebuah balai polis di India.

Dakwa abang mangsa, wanita berusia 35 tahun itu dirogol berkali-kali oleh beberapa pegawai polis dan kukunya dicabut setelah menyaksikan polis membunuh suaminya di balai polis itu.

Rentetan kejadian itu, enam pegawai polis digantung tugas serta-merta dalam kejadian di Balai Polis Sardarshahar di utara negeri Rajasthan.

Mangsa rogol kini dirawat di hospital Jaipur dan keluarganya sudah berurusan dengan pihak berkuasa berkaitan bagi menuntut tindakan undang-undang terhadap kesemua enam pegawai polis itu.

Aktivis Sosial, Sunil Kranti yang membantu keluarga mangsa berkata:”Kami menuntut tindakan berat ke atas pegawai polis tertuduh yang disyaki melakukan perbuatan terkutuk dan pembunuhan itu.

“Ini wajah sebenar polis dan kami akan mengadakan protes secara besar besaran untuk memastikan keluarga mangsa mendapat keadilan sewajarnya,” tegasnya.- MalaysiaGazette