Zamil Ibrahim
Zamil Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM) terkejut dan sedih dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terhadap keluarga Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Presidennya, Zamil Ibrahim berkata, dari bekas Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor didakwa dengan pelbagai pertuduhan, kini rejim itu mensasar pula anak perempuan, Nooryana Najwa.

“Dengan tidak merasa malu langsung akan kuasa yang mereka dapat dengan kemenangan menjijikkan pada pilihan raya umum tahun lalu, mereka melunaskan dendam kesumat terhadap keluarga Najib,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.

Semalam, kerajaan Malaysia melalui Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengemuka saman terhadap Nooryana Najwa bagi menuntut pembayaran cukai pendapatan berjumlah RM10.3 juta bagi tahun taksiran 2011 sehingga 2017.

LHDN yang bertindak selaku plaintif memfailkan writ saman dan penyataan tuntutan pada 24 Julai lalu dengan menamakan Nooryana Najwa selaku defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, LHDN berkata, Nooryana Najwa gagal mengemuka Borang Nyata Orang Perseorangan mengikut Seksyen 77 Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Taksiran 2011 sehingga 2017.

Menurut Zamil, KPPUM mendoakan agar Allah memberi kesabaran dan kekuatan keimanan kepada Najib serta keluarga dalam menghadapi rejim jijik PH.

“Pada saya, ini bukan kerajaan yang baik untuk rakyat, tapi kerajaan yang buli rakyat,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast