ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini memandangkan pelabur global menanti arah baharu sementara menimbang ketidakpastian berterusan dalam pasaran global.

Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.27 mata kepada 1,596.14 mata daripada 1,597.41 Jumaat lalu.

Indeks itu dibuka 0.18 mata lebih tinggi pada 1,597.59.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter naik mengatasi turun sebanyak 115 berbanding 90 dengan 178 kaunter tidak berubah, manakala 1,604 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Sejumlah 130.09 juta saham bertukar tangan bernilai RM40.75 juta. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast