Presiden MyPPP, Tan Sri M. Kayveas

KUALA LUMPUR – Tan Sri M. Kayveas akhirnya menarik nafas lega selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) menarik balik pembatalan pendaftaran parti itu.

Presiden myPPP itu berkata, berikutan itu pihaknya akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) parti seperti yang dinasihatkan jabatan itu menjelang 31 Disember ini.

Tambah beliau, sebelum ini partinya telah memberi isyarat bahawa keadilan, kejujuran dan kesetiaan sentiasa melangkaui kepentingan peribadi dan penyalahgunaan kuasa jahat.

Kayveas menyifatkan keputusan RoS itu membuktikan agenda jahat puak tertentu untuk melenyapkan parti itu dan presidennya dari kancah politik tanahair pada Piloihan Raya Umum (PRU) ke-14 telah gagal.

“Rancangan jahat pihak tertentu untuk menukar Presiden myPPP terbukti gagal dan sekarang saya akan pastikan agenda negara untuk membersihkan sistem parti akan dilaksanakan dalam myPPP,” kata beliau dalam kenyataan.

Sebelum ini media melaporkan Kayvea meminta RoS mengambil kira rayuannya berhubung isu pembatalan myPPP.

Katanya, beliau bersama jawatankuasa yang dipilih pada 27 Mei 2019 akan mengambil tinakan yang sesuai seperti mana yang diberitahu RoS dalam surat bertarikh 7 Oktober. – MalaysiaGazette