Kebakaran besar yang melanda Los Angeles mengakibatkan banyak kediaman bernilai jutaan dolar musnah. fotO Agensi

LOS ANGELES – Api yang merebak dengan pantas telah memusnahkan  sekurang-kurangnya lima kediaman bernilai berjuta-juta dolar di kawasan kejiranan mewah di Los Angeles dan memaksa penghuni-penghuni dalam kalangan selebriti berpindah pada waktu malam.

Antara kejiranan di bawah perintah pemindahan ialah kawasan Brentwood, bandar terkenal di dunia pada tahun 1994 apabila bekas bintang bola sepak O.J. Simpson dituduh membunuh bekas isterinya dan pelayan di sana.

Hari ini Brentwood adalah lokasi rumah kepada bintang bola keranjang terkenal LeBron James, pelakon Hollywood A-list, penerbit yang kaya-raya.

James, yang bermain untuk Los Angeles Lakers berkata, dia dan keluarganya terpaksa berpindah pada di waktu awal pagi untuk mencari tempat perlindungan ekoran kebakaran besar itu.

“Saya terpaksa mencari tempat perlindungan dan memandu untuk mendapatkan bilik bagi keluarga saya,” kata James menerusi Twitter pada jam 4 pagi.

James membeli kediaman lapan bilik di Brentwood pada akhir tahun 2017 pada harga AS$23 juta, menurut laporan media.

Selain itu, aktor dan bekas Gabenor California, Arnold Schwarzenegger juga antara ribuan penduduk yang terpaksa mencari tempat perlindungan.

Kebakaran besar melanda di bukit berhampiran kediaman Simpson dan berhampiran dengan Getty Centre, sebuah koleksi seni penggalian minyak J. Paul Getty yang merangkumi kerja-kerja oleh Rembrandt dan Van Gogh, menurut laman web muzium itu.

Kebakaran Getty telah memaksa sekolah ditutup di beberapa kawasan, termasuk daerah sekolah awam yang merangkumi Santa Monica dan Pacific Palisades dan University of California Los Angles (UCLA). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast