TERKINI : Calon BN Dipilih “Bukan Sebab Lebih Muda dari Calon PH” – Ismail Sabri

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai boleh dikategorikan sebagai calon muda.

Ketua Pembangkang itu berkata, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng mempunyai beza usia 11 tahun dengan calon Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini yang berusia 66 dan itu dilihat sebagai kelebihan kepada BN.

“Datuk Seri Wee Jeck Seng muda, (baru) 55 tahun.
“Beza 11 tahun dengan calon PH, itu muda. Kamu ingat calon umur berapa 30 tahun ke?.

“Saya kata lebih muda daripada (calon PH),” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Ismail semalam memberikan jaminan bahawa calon BN akan lebih muda daripada Karmaine.