LOS ANGELES – Seorang remaja yang bertindak melepaskan tembakan rambang kelmarin sehingga membunuh dua orang rakannya di Los Angeles sebelum menembak kepalanya sendiri meninggal dunia awal pagi tadi.

Remaja berkenaan, Nathaneil Berhow dari Sekolah Tinggi Saugus dilaporkan dikejarkan ke hospital sejurus kejadian itu.

Berhow yang secara tiba-tiba mengamuk pada hari kelahiran yang ke-16, dipercayai merancang kejadian itu kerana membawa pistol .45 semi automatik kaliber sebelum menembak dua orang rakannya di sekolah itu.

Dia kemudian bertindak menembak kepalanya.

Menurut jurucakap Jabatan Sherif Los Angeles, Marvin Crowder, Berhow menghembuskan nafas terakhirnya waktu tempatan sekitar 3.30 petang.

Sekolah Tinggi Saugus mempunyai 2,300 pelajar dan kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 7.30 pagi waktu tempatan.

Polis berkata, remaja terbabit yang cedera parah selepas menembak dirinya semasa polis tiba di sekolah.

Kejadian tembakan itu menyebabkan suasana sekolah huru-hara hingga para pelajar terpaksa menyembunyikan diri di dalam bilik darjah.

Sementara itu, mangsa yang maut, masing-masing adalah pelajar perempuan dan lelaki berusia 16 tahun dan 14 tahun.

Tiga lagi pelajar yang cedera, iaitu seorang lelaki dan dua perempuan, berusia antara 14 tahun hingga 15 tahun. –MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast