Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya tentang kereta terbang yang sepatutnya diuji penerbangan esok dengan nada bergurau berkata: “Menteri kata kereta itu akan terbang.”

Jawapan beliau itu disambut gelak ketawa barisan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) termasuk Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang turut hadir dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di sini.

Menteri Pembangunan Usahawan itu kelmarin memaklumkan kepada media beliau akan menjemput ahli Parlimen untuk melihat uji penerbangan kereta terbang itu.

BACA: Pandu uji kereta terbang Khamis hanya untuk ahli Parlimen – Redzuan

Menteri Pembangunan Usahawan itu kemudian menjawab: “Bergantung kepada kelulusan CAAM – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.”

Dr Mahathir menyambung: “Masalah kita ialah kesesakan trafik, jadi kena lalu di atas.”

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam  sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 20 NOVEMBER 2019

Pada petang ini juga CAAM mengeluarkan kenyataan pandu uji penerbangan UAS E-Hang 216 (EH216) yang dijadualkan esok tidak mendapat kebenaran.

Ini kerana lokasi penerbangan ujian di UNIKL MIAT itu kurang daripada 200 meter daripada trafik penerbangan komersil dan helikopter itu jelas berada dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang, yang merupakan di bawah kawalan Pengawal Trafik Udara.

BACA: Uji pandu kereta terbang tidak dapat kebenaran CAAM

Menteri pandu uji sendiri kereta terbang Khamis ini

KL ke Pulau Pinang sejam dengan kereta terbang – Redzuan