Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

KUALA LUMPUR – Sesi pandu uji kereta terbang pertama negara dijangka dilakukan buat pertama kali, Khamis ini, kata Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Malah beliau sendiri akan melakukan sendiri pandu uji kenderaan yang boleh memuatkan dua orang itu.

Menurutnya, ia akan dilakukan di Subang dan turut mengundang beberapa ahli parlimen pembangkang bagi menyaksikan sendiri sesi pandu uji tersebut.

“Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah-BN) jika mahu. Kita boleh duduk bersama kalau nak ambil gambar ketika kereta itu terbang,” katanya pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi pihak kementerian di Dewan Rakyat hari ini.

Ia juga menarik perhatian Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dan bergurau kerana beliau tidak diundang menyertai sesi yang sama.

Mohd. Redzuan kemudian menjemput Mohamad Ariff dan berkata ia akan diadakan selepas pukul 2 petang di Subang.

Mengikut laporan terdahulu, kereta terbang dikenali sebagai ‘Vector’ itu adalah dron yang dikuasakan oleh empat motor menggunakan bateri litium-ion dan boleh menampung beban antara 150 hingga 200 kilogram.

Sebelum itu, kereta terbang menjadi modal pembangkang dan beberapa pemimpin kerajaan juga yang mengkritik usaha Mohd. Redzuan.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Tak perlu buat kereta terbang sampai kat jepun… Kat Malaysia Zul design pun boleh buat… Bodoh tul menteri KERAjaan PeeH nie…

Comments are closed.