KUALA LUMPUR – Tidak pernah wakil rakyat Barisan Nasional (BN) menyemak sama ada penerima bantuan yang hendak disampaikan adalah ahli parti atau sebaliknya.

Perkara sama tidak pernah dilakukan oleh MCA sebelum memberi biasiswa ataupun pinjaman yuran pendidikan Universiti Kolej Tunku Abdul Rahman (TARUC) walaupun TARUC yang diasaskan oleh parti tersebut.

Jurucakap MCA, Mike Chong berkata, BN juga tidak pernah menyemak sama ada penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia adalah ahli parti komponen BN atau tidak.

Beliau mengulas mengenai kain rentang yang menguar-uarkan Bantuan Back To School Kali Ke-3 di Taman Sri Muda.

Menurut kain rentang itu, bantuan itu adalah tajaan Peguam Shahul Hameed Abdul Wahab dan ia hanya untuk ahli-ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia Taman Sri Muda sahaja.

Begitu juga dengan Program Berkhatan Percuma anjuran NGO Peduli Amanah Kawasan PJS.

Kain rentang memaklumkan program itu khas untuk anak dan cucu ahli Amanah PJS sahaja.

Untuk penyokong PH pula dikenakan bayaran sebanyak RM50.

“Kalau nak bagi bantuan kat rakyat bagilah cara ikhlas, kenapa pula hanya ahli parti saja dapat?

“Kalau gitu, lain kali suruh ahli parti sajalah bagi undi,” kata Mike. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Mmg celake la orang2 yg buat macam tu nk membeza kan… Tu la punca melayu berpecah hasil dari ajaran BERSATU dan AMANAH… PEROSAK BANGSA MELAYU…

Comments are closed.