patung Zlatan Ibahimovic di Sweden menjadi mangsa vandalisme apabila hidung pada patung itu dirosakkan sebagai tanda kemarahan terhadap tindakan bintang itu melabur dalam kelab yang merupakan musuh tradisi dalam liga Sweden.

STOCKHOLM – Patung bintang bola sepak terkenal dunia Zlatan Ibrahimovic menjadi mangsa Vandalisme baru-baru ini.

Hidung pada patung Zlatan yang didirikan di luar stadium Malmo di Sweden dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab.

Insiden itu dilaporkan selepas bekas penyerang Sweden itu melabur dalam sebuah kelab yang menjadi musuh tradisi Malmo dalam liga Sweden pada November lalu.

Ibahimovic, 38, telah beraksi bersama kelab Malmo sejak 20 tahun lalu.

Pereka patung tersebut, Peter Linde merayu orang awam supaya menghentikan perbuatan vandalisme terhadap patung yang merupakan penghargaan kepada pemain itu.

Zlatan kini mengintai peluang berhijrah ke kelab baharu di penghujung musim liga MLS ini.

Pada 27 November lalu, Zlatan diumumkan telah membeli 25 kepentingan saham dalam kelab Hammerby yang menamatkan saingan Liga Kejuaraan Sweden di tempat ketiga.

Pada hari sama, patung gangsa menyerupai Zlatan setinggi 3.5 meter yang dibuka untuk umum pada 9 Oktober lalu disembur cat dan cubaan dibakar serta mangkuk tandas digantung pada tangannya.

Malah kediaman pemain itu juga disembur cat pada pintu masuk rumah sebagai tanda protes terhadap tindakan pemain itu yang melabur dalam kelab pesaing terdekat Malmo.-MalaysiaGazette