Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Tindakan Lim Guan Eng yang mendakwa diri dan DAP sebagai parti pejuang Cina akan menguatkan lagi persepsi bahawa belia dan partinya adalah pejuang cauvinis Cina yang anti-perpaduan.

Malah, kenyataan Setiausaha Agung DAP itu juga akan mengukuhkan lagi persepsi bahawa Kerajaan Pakatan Harapan telah didominasi oleh parti tersebut, kata pemerhati politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.

Beliau mengulas dua kenyataan Guan Eng yang disiarkan oleh akhbar Cina, Oriental Daily, semalam.

Dalam kenyataan itu, Guan Eng disebut berkata: “Kalau bukan kerana DAP, mana mungkin tulisan jawi yang wajib di sekolah-sekolah Cina boleh jadi pilihan, mana mungkin tulisan Jawi yang 6 muka surat di sekolah-sekolah Cina boleh jadi 3 muka surat dan mana mungkin PIBG di sekolah-sekolah Cina boleh tentukan sama ada pelajar perlu belajar tulisan Jawi atau tidak?”

Guan Eng juga dipetik sebagai berkata: “Kalau bukan kerana DAP, mana mungkin dana kerajaan untuk sekolah-sekolah Cina ditambah, mana mungkin sekolah-sekolah persendirian Cina boleh dapat dana kerajaan, dan mana mungkin dana kerajaan ini boleh diagih sama tahun dengan tahun ia diluluskan?”.

Kamarul menambah, walaupun Guan Eng bangga dengan diri dan partinya tetapi beliau sebenarnya berlawan dan menang dengan rakan-rakan dalam kerajaan dan pakatan yang dianggotai olehnya dan DAP. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. apa lah bongok sgt admin ni. keyataan lge tu bermaksud , dlm byk byk parti kaum cina, dap adalah pilihan bangsa cina , sbb tak rasis macm mca dan gerakan. mca adalah parti rasis krna bangsa melayu , india tk di benarkan .Klu dah pembangkang mmg mcm ni lah.

    • DAP adalah sebuah parti BAPAK rasis. Perkauman menebal sejak dari keturunan dia datang keTanah Melayu lagi. satu kaum yang biadap tidak bersopan dan pengotor. cibok pakai kertas. kamu pon sama juga ke

  2. Wakil parti melayu dlm ph lena panjang dan buta perut spai tak tau apa satu apa niat dan hajat sekian lama.

Comments are closed.