Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kumpulan-kumpulan individu yang hadir bagi menyokong atau membantah pemecatan Zuraida
Kamaruddin telah diminta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersurai.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, tindakan menyokong atau membantah di mana-mana lokasi lain juga sama sekali tidak akan mempengaruhi Lembaga Disiplin yang harus memutuskan sebarang keputusan secara bebas.

“Lembaga Disiplin akan diminta memantau tindakan anggota-anggota parti yang melanggar arahan tersebut,” katanya.

Artikel berkaitan:

Zuraida diberi tempoh 14 hari jawab surat tunjuk sebab

Surat tunjuk sebab Zuraida tiada kena mengena masalah dalaman PKR

Saya faham perasaan orang terima surat tunjuk sebab – Amirudin

Zuraida belum jawab surat tunjuk sebab

Zuraida hantar surat tunjuk sebab esok

Lebih 200 orang berkumpul bersama sepanduk di depan Ibu Pejabat PKR meminta supaya parti itu memecat Naib Presidennya, Zuraida Kamaruddin.

Di luar perkarangan pekarangan pejabat parti itu pula ada kumpulan penyokong Zuraida.

Perhimpunan itu dibuat ketika Zuraida dijangka hadir menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Lembaga Disiplin parti hari ini.

Bagaimanapun, surat berkenaan diserahkan oleh Nor Hizwan Ahmad, Setiausaha Politik Zuraida. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Lembaga disiplin perlu bertindak tegas. Jika benar melangar disiplin parti. Agar tidak lagi berlaku perkara itu pada masa akan datang. Dan dapat mengekalkan disiplin parti. Supaya tidak ada lagi mengeluarkan kenyataan sesuka hati dan membaling kerusi apabila mesyuarat diadakan. Jangan bertindak disebabkan keroni.

Comments are closed.