Permohonan jaminan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) G Saminathan yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) .

Saminathan yang juga merupakan pemimpin DAP serta Exco Negeri Melaka itu ditahan tahun lalu kerana terbabit dalam memberikan sokongan kepada kumpulan LTTE yang berpangkalan di Sri Lanka itu.

Hakim Datuk Ahmad Shahriri Mohd Salleh ketika membacakan keputusan beliau kira-kira 15 minit memutuskan permohonan jaminan itu ditolak selepas mendengar penghujahan dari kedua-dua pihak pendakwaan serta pembelaan.

Kata Ahmad Shahrir, LTTE masih lagi dikategorikan serta digazetkan sebagai sebuah organisasi pengganas yang masih lagi aktif malah Kementerian Dalam Negeri (KDN) belum mengeluarkan kumpulan itu daripada kategori terbabit.