Semalam, tular di Facebook mengenai video seorang doktor di Klinik Kesihatan Seremban didapati menengking seorang pesakitnya.

KUALA LUMPUR – Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan hari ini memberitahu isu penularan video mengenai dakwaan perkhidmatan seorang doktor di negeri itu tidak memuaskan kini sudah diselesaikan dengan cara baik.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan, Dr. Mohamad Faid Abd Rashid, pihaknya sudah menghubungi pengadu bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan satu rundingan telah dibuat.

“Pihak JKNNS memandang serius isu ini dan siasatan awal telah dijalankan serta merta berkaitan dengan kejadian itu. Pengadu juga telah dihubungi untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

“Terkini, isu ini telah diselesaikan melalui rundingcara kedua-dua pihak. Sehubungan itu, pihak JKNNS memohon orang ramai tidak membuat apa-apa yang andaian terhadap mana-mana pihak yang terlibat dan mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi JKNNS atau Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata Mohamad Faid dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Faid yang menjalankan tugas sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Sembilan juga berkata orang ramai dilarang untuk mengambil gambar atau sebarang rakaman video tanpa kebenaran di fasiliti KKM.

“Larangan ini sangat penting untuk difahami dan dipatuhi oleh orang ramai terutamanya demi menjaga kerahsian pesakit-pesakit lain yang sedang menerima rawatan dan pemeriksaan di fasiliti kesihatan termasuk di ruang konsultasi Pegawai Perubatan,” katanya lagi.

Semalam, tular di Facebook mengenai video seorang doktor di Klinik Kesihatan Seremban didapati menengking seorang pesakitnya.

Video berdurasi 28 saat itu menunjukkan doktor di sebuah klinik kesihatan kerajaan itu dikatakan memarahi pesakit yang tidak mahu menunggu gilirannya bagi mendapatkan rawatan.

Akibat dimarahi doktor berkenaan, pesakit itu bertindak merakam dan memuatnaik video berkenaan di media sosial. -MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Warga maya kecam individu tularkan video doktor

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Complaining and being the victim feedss the ego with moral superiority. Typical of the unconcious mind.

Comments are closed.