KUALA LUMPUR – Tindakan tiba-tiba Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP yang menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi tanda-tanya.
Ini kerana berdasarkan pemerhatian dan laporan agar Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada Jumaat lalu adalah Amanah dan DAP.
“Alih-alih, bila Tun Dr Mahathir sudah meletakkan jawatan, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, pula menonjolkan Amanah dan DAP sebagai yang paling kuat menunjukkan sokongan supaya Tun Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri,” kata penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff.
Semalam dalam satu kenyataan Mohamad berkata, Amanah berpendirian memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan untuk terus memimpin PH.
“Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada YBhg Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.
“Kami teguh berdiri bersama Pakatan Harapan dan YBhg Tun untuk Malaysia yang lebih baik,” kata Presidennya, Mohamad Sabu dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Manakala, DAP pula selepas mesyuarat kecemasan semalam berkata, parti itu akan mencalonkan kembali Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dalam mesyuarat tergempar Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang akan berlangsung malam ini.
Guan Eng menegaskan, Dr Mahathir membuat keputusan melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini ekoran membantah percubaan untuk membentuk kerajaan baru dengan parti pembangkang.
Kenyataan-kenyataan dari Mohamad dan Guan Eng itu membuatkan Kamarul tertanya-tanya adalah ia satu lawak jenaka atau satu perlakuan hipokrasi atau satu tindakan desperado.- MalaysiaGazette
Semua pihak berpolitik sandiwara.
Macam perangai Firaun,dah nak dicabut nyawa baru nak beriman dgn Allah.
Ingat kau tu baik sgt ker. Apa jasa kau kpd bangsa Melayu.
Ingat kau tak mati macam malaikat ker.
Entah2 kau yang pi dahulu..
Puiiiiiii.
Tak kenal ke, mmg puak2 anjing dap n pan ni mnusia durjana Dan tak blh dinpcayai..ibarat tolong anjong tesempit…nak selamatkn jawatan , sgup bodohkn diri ko..hihi mmg ko tak lyk jadi menteri..sbb kbodohan ko sudah nampak..
Bergitulah resam bila gaji elaun menteri, timbalan menteri, ketua2 GLCs yang puluhan, ratusan ribu sebulan telah melayang!
Tak usahlah bersendiwara kerana rakyat!
Dulu hari2 meratib tarikh spesifik, malah ada yang dikatakan tak kisah pun setelah puluhan tahun jadi pembangkang!
Dah diberi peluang tak perform pula… kah..kah..kah..
Ye lahhh..kesian Nuar Berahim..bukan selama ini DAP & PAN sokong Nuar Berahim jd PM? Laaa ni dah kosong jawatan PM tu..bolehlah Nuar Berahim jd PM…Kenapa DAP & PAN tak sokong Nuar? kesian plak Nuar kena tikam belakang dgn DAP & PAN..