KUALA LUMPUR – Sunway Malls bersetuju memberi rebat sewa kepada penyewa-penyewanya yang bukan terlibat dalam perniagaan penting untuk tempoh 14 hari mulai 18 hingga 31 Mac ini.

Rebat itu membabitkan sejumlah RM20 juta itu kepada semua Sunway Malls iaitu Sunway Pyramd, Sunway Velocity, Sunway Carnival, Sunway Putra, Sunway Big Box Retail Park, Sunway Giza dan Sunway Citrine dan Sunway Pyramid, Sunway Carnival dan Sunway Putra di bawah Amanah Pelaburan Hartanah.

Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls and Theme Park, HC Chan berkata, kumpulan gedung membeli-belah itu juga akan melaksanakan pendekatan yang memberi kemudahan kredit kepada peruncit-peruncit dalam tempoh sukar ini.

“Skala wabak global ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Pada masa seperti ini, semua orang terjejas. Setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab berkongsi kesusahan.

”Oleh itu, pemberian ini dapat memberi keselesaan dan pelepasan tertentu kepada peruncit yang terjejas oleh Sunway Malls,” kata Chan.

Sunway Malls, tambah beliau masih mengawasi keadaan dengan teliti dan meninjau perkembangannya situasi semasa. – MalaysiaGazette