Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong menyifatkan Perikatan Nasional (PN) hanya sibuk terhadap kuasa politik masing-masing apabila mengumumkan ahli Parlimen yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan akan dilantik mengetuai syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Menurut pemimpin DAP itu, dalam keadaan negara dilanda Covid-19, kerajaan  sepatutnya fokus untuk menyelamatkan rakyat khususnya yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kerajaan PN sepatutnya menyelamatkan pekerjaan dan gaji rakyat semasa krisis Covid-19. Malangnya, PN sibuk bekerja selamatkan kuasa politik, lantik ahli parlimen PN dalam jawatan GLC/agensi kerajaan,” katanya menerusi Twitternya hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-undang dan Parlimen) Datuk Takiyuddin Hassan berkata ahli parlimen yang tidak memegang jawatan dalam kerajaan ketika ini akan dijadikan ketua GLC.

Susulan itu, bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz menyuarakan kekecewaannya dalam masa yang sama menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai langkah ke belakang kerajaan PN ketika negara kini dilanda wabak Covid-19.-MalaysiaGazette

15 Komen

  1. Woiii..pemimpin PH tak tau malu ke…yg korang memerintah satu apa pun tida apa-apa kebaikkan yg di buat kpd rakyat…malah menyeksa n menzalimi rakyat…lebih baik diam dari terus membuka mulut dgn statement2 yg membodohkan korang sendiri. Rafidah ko pun bukan bagus pun..ko kayaraya dari mana ko dapat…jgn ingat rakyat mcm dulu-dulu mudah di tipu…

  2. hahaha
    d.a.p bodoh bila hilang kuasa meroyan tak sudah
    mati laa d.a.p mati lagi bagus

  3. Kenyataan yang sama sekali tidak relevan..ada mata tengok ada telinga dengar..boleh jalan…

  4. kesian kan… dah x de jawatan….x sedar2 dir ..bkn nak bantu rakyat..sibuk duk daftar mengundi…hehhe stanby pengundi yg x blh ckp BM dah start daftar

  5. PN ni manifesto pun tiada. Janji tak kacau GLC pun tak ada. Yang PH langgar janji sibuk pula hal PN buat apa? Ikut suka depa la… yg penting negara selamat dari Parti Hancur.

  6. Hoi Rafidah Aziz…ko bersumpah dgn nama Allah fitnah Najib apa cerita?? Harap ko ni dimakan sumpah hanat!

  7. Cakap Politik dari seorang MP yang hilangbjawatan dan hati kaciwa sangat bila kena tendang dari kerajaan. D4P adalah komunisme, wajar kerajaan MENGHARAMKAN D4P dari ruangbpolitik Malaysia, kerana patyi itu bernafsukan musuh negara iaini KOMUNIS.
    Rafidah Aziz tu bukan apa. Semua kroni yang menjadi sumber kewangannya dah kena terajang dan tidak dapat mengaut keuntungan dan supply wang padanya lagi.

  8. Dah bagi can merentah tak Jaga hati raayat Malah merosakkan lagi system negara dgn bermacam2 kaedah haramjadah Masih lagi nak berlagak jadi hero. Takda muafaat Dan muafakat kpd negara Dan bangsa lebih baik jadilah pembangkang buat selamanya.
    Sebagai testing utk berkuasa dah gagal Maka gagallah buat selamanya. Org dengar DAPig Sahaja terus hilang selera mkn so baik pulih negara bermasaalah hanya cita2 siperlaku rasuah, supplier dadah, import warga asing Dan melelong assets bumi eloklah terkubur dan yah Dari bumi Mlysia ni.. Jgn nak berlagak tegakkan benang yg basah sampai Bila pun tetap kebwh..

  9. Sebab takut geng dap hilang jawatan dlm GLC sebab tu bising .masa bn tumbang tgk berapa ramai boss GLC kena letak jawatan Yg ganti geng dap sebab tu dia org tak puas hati . Dato rafidah tu lalang dulu kutuk Tun lps kutuk dato najib . Taubat lah dato rafidah usia pun dah tua takut tk sempat bertaubat nanti .

Comments are closed.