Petroliam Nasional Bhd (Petronas)
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melalui anak syarikatnya, PC Carigali Mexico Operations S.A. de C.V. (PCCMO) mengumumkan penemuan dua minyak air dalam di Mexico dari telaga penerokaan Polok-1 dan Chinwol-1 di Blok 29, yang terletak di Salina Basin, luar pesisir Mexico.

Telaga Polok-1 digerudi dengan selamat hingga kedalaman 2,620 meter dan menemui minyak bersih 200 meter pada takungan klastik laut di Lowe Miocene.

Sementara itu, telaga Chinwol-1 yang terletak 12 kilometer dari Polok-1, digerudi hingga kedalaman 1.850 meter dan menemui minyak bersih 150 meter di Pliosen yang lebih rendah.

Penggerudian penerokaan telaga Polok-1 telah bermula sejak 29 Februari 2020, diikuti telaga Chinwol-1.

Naib Presiden Eksplorasi Huluan Petronas, Emeliana Rice-Oxley berkata, syarikat minyak itu gembira dengan dua penemuan tersebut, membuktikan fokus Petronas yang berterusan dalam mengejar peluang untuk mengembangkan sumber daya dan portfolio di Mexio.

“Bersama-sama dnegan rakan kongsi kami, kami berharap dapat menilai lebih jauh data untuk menentukan potensi komersial penemuan ini.

“Kedua-dua penemuan ini bersama dengan penemuan minyak di telaga eksplorasi Monumen, di luar Teluk Amerika Syarikat di Mexico bulan lalu, menandakan tiga penemuan yang berjaya, merupakan penerokaan penting bagi Petronas dan usaha di Amerika,” tambahnya.

Telaga Polok-1 dan Chinwol-1, masing-masing terletak pada kedalaman 584 meter dan 464 meter, kira-kira 75 kilometer barat laut di luar pantai Tabasco.

Blok 29 dikendalikan oleh Repsol Exploración Mexico S.A. de C.V. dengan kepentingan kerja 30%, sementara PCCMO memegang 28.33%, Wintershall Dea memegang 25% dan PTTEP Mexico E&P Limited, S. de R.L. de C.V. memegang baki 16.67%.

PETRONAS melalui anak syarikatnya, PCCMO, pada masa ini mempunyai kepentingan dalam 10 blok eksplorasi di tiga lembangan utama Mexico, dengan keluasan sekitar 22,000 kilometer persegi, yang mana PCCMO adalah pengendali di lima blok tersebut. – MalaysiaGazette