WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) melalui pentadbiran Presiden Donald Trump sedang bersiap sedia untuk menjalankan ujian nuklear pertama sejak 1992.

Agensi melaporan ujian nuklear itu sebenarnya satu tanda amaran kepada China dan Russia.

Akhbar Washington Post mendedahkan, ujian nuklear itu sebenarnya jauh tersasar daripada dasar pertahanan AS dan ini juga kemungkinan akan mendorong negara-negara nuklear mengikuti jejak itu.

Malah ianya akan membuatkan masing-masing berebut-rebut membangunkan nuklear pada skala yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Dakwa Washington Post, pada 15 Mei, mesyuarat berkaitan ini telah diadakan sambil memetik sumber seorang pegawai pentadbiran kanan dan dua bekas pegawai.

Sebelum ini beberapa  pegawai AS dilaporkan mendakwa Russia dan China sedang menjalankan ujian berskala kecil namun dinafikan kedua-dua negara itu dan AS pula tidak mengemukakan bukti.

Pegawai Pentadbiran kanan mendakwa, tindakan AS menunjukkan kemampuannya mengendalikan ujian nuklear lebih mantap akan bermanfaat ketika rundingan tiga hala dengan Russia dan China mengenai senjata nuklear.

Pentagon pada Februari lepas telah mengumumkan akan melancarkan sebuah kapal selam membawa peluru berpandu jarak jauh dengan hulu peledak nuklear yang kecil.

Ini sebagai tindak balas kepada ujian senjata seumpamanya oleh Russia.

Para pengkritik sudah banyak melahirkan kebimbangan walaupun mungkin mengakibatkan hanya kemusnahan kecil namun ianya bakal membuka ruang besar kepada konflik nuklear. –MalaysiaGazette