Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Pilihan raya umum baharu dilihat tidak mampu menjadi jalan penyelesaian terbaik dalam menangani isu komplot politik yang berlaku ketika ini.

Ini kerana menurut Bersih 2.0, Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hasil keputusan PRU tersebut mungkin menyaksikan Parlimen tergantung; kehampaan pengundi melihat ahli Parlimen yang dipilih hanya mendapat undi kurang 50 peratus dan tiada parti yang mendapat keyakinan rakyat.

“Justeru, kami menggesa Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengetuai inisiatif untuk menggantikan beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang menamatkan kebuntuan dan komplot politik ini dengan pemuafakatan pelbagai parti untuk penjajaran semula politik tanpa mengira siapa Perdana Menteri atau parti mana yang berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penjajaran semula politik perlu mewujudkan persaingan sihat dan profesional di antara semua parti, tegasnya.

Dengan itu, Bersih 2.0, GBM dan ABIM mengemukakan enam cadangan supaya landskap politik negara dapat diubah ke arah yang lebih baik.

Enam cadangan tersebut adalah kesetaraan di sisi undang-undang; peranan yang lebih konstruktif untuk pembangkang dan penyokong (backbenchers) kerajaan; reformasi pendanaan politik yang komprehensif; melarang wakil rakyat melompat parti; pengimbangan semula pembahagian kuasa persekutuan; negeri dan kerajaan tempatan; serta reformasi politik pilihan raya dan pewakilan.

“Kami menggesa Perdana Menteri pada bila-bila masa untuk memulakan atau meneruskan persetujuan pelbagai parti untuk mengembalikan demokrasi dan mengukuhkan kestabilan politik di Malaysia,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

 

5 Komen

  1. Banyaklah penjajaran korang…pulangkan semula mandat rakya melalui PRU…ko sape nak nafikan hak rakyat?? Bersih bebal tu..bila ko nak ambik tindakan calon DAP Cameron Highland?? Korang ni mmg sial laahhh..ABIM ni keldai Nuar Berahim jgn sibuk lah

  2. Nak bubar parlimen tak kasi. Mereka nak ydpa hadiahkan pm kpd madey semula. Bubarkan parlimen je senang. Tapi lepas ni mereka akan salahkan rakyat malaysia pula bila ph tak menang.

  3. Tidak perlu penjajaran semula.

    Hopefully MY mohon perkenan YDA untuk bubarkan Parlimen.

    Dah naik meluat dengan Atuk95, Bang Non n Lim Dinasti.

    FRESH ELECTION please.

  4. Selagi tak bubarkan parlimen selagi tulah puak-puak gila kuasa akan bising..
    Saya syorkan diam kan aje. Biarlah mereka melalak. Mereka bukannya boleh buat apa-apa pun kecuali menyalak.
    Kita teruskan dgn kerja kita dalam membetulkan kerajaan Malaysia ni dari segi ekonomi dan keharmonian negara.

  5. jgn la jadi BODOH!
    selagi mandat rakyat tidak dikembalikan,
    selagi tu la pakatan haramjadah akan cuba merebut kuasa,
    selagi tu la pakatan haramjadah akan cakap kuasa mereka dirampas,
    sedangkan mereka yg menjatuhkan diri mereka sendiri,
    hanya PRU sahaja yg dapat mengajar dan menanam pakatan haramjadah hidup2,
    biar mereka hancur sehancur2nya,
    daripada mereka wujud hanya utk menjahanamkan negara!

Comments are closed.