Reaksi Anwar Ibrahim sebaik keluar dari Hospital Rehabilitasi Cheras, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kerana gabungan parti pembangkang itu terpaksa menangguhkan pengumuman bakal pimpinan negara yang sepatutnya dilakukan semalam.

Bercakap dalam siaran langsung di laman Facebook, Anwar berkata, PH sebagai satu badan sebenarnya telah pun mempunyai keputusan berhubung perkara tersebut tetapi terpaksa merujuk kepada teman-teman lain termasuk Warisan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, langkah itu penting ntuk memastikan keutamaan PH iaitu untuk memastikan agenda perubahan ekonomi rakyat, tata kelola serta tadbir urus yang bakal dilaksanakan kelak adalah lebih baik daripada apa yang pernah mereka lakukan semasa menjadi kerajaan selama 22 bulan.

“Kita kena memastikan apa yang baik itu adalah lebih bajk dari yang pernah kita lakukan kerana pengalaman kita telah menunjukkan bahawa untuk meraih dokongan rakyat itu kita hadapai juga sedikit masalah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKR tak setuju Tun M jadi PM

Menurut ahli Parlimen Port Dickson yang juga ketua pembangkang itu, perkara tersebut adalah lebih utama kerana PH mahu membetulkan pelanggaran hukum dan kebobrokan yang didakwa berlaku dalam sistem sekarang terutama dalam perundangan dan kehaiman yang dilihat melepaskan golongan kaya dan mendera golongan kecil.

Sambl menyifatkan kepincangan itu berpunca daripada pemgambilalihan kerajaan oleh Perikatan Nasional, Anwar berkata, perubahan yang direncanakan bakal berlaku dalam masa terdekat ini adalah besar dan harus disegerakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar PM, Mahathir MM?

Namun, katanya, dalam menyegerakan perubahan tersebut, PH mesti memastikan tidak berlaku pengorbanan prinsip di mana setiap keputusan mestilah berpaksikan kepada agenda membawa perubahan kepada negara dan memberi keyakinan kepada elabur seterusnya menjana ekonomi negara.

Semalam PH dijadual mengumumkan nama perdana menteri yang akan menerajui negara apabila gabungan parti itu mendakwa telah mendapat sokongan majoriti untuk ‘merampas’ pemerintahan negara daripada Perikatan Nasional.

Bagaimanapun Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perbincangan masih belum dimuktamadkan dan akan diumumkan selepas keputusan dicapai.

ARTIKEL BERKAITAN: PH belum muktamad pilih siapa jadi PM

“Perbincangan mengenainya masih lagi berjalan dalam kalangan parti pembangkang.

“Pihaknya menghormati pandangan dan komen pelbagai mengenai perkara tersebut,” katanya dalam kenyataan di media sosial PH malam tadi. – MalaysiaGazette

 

 

8 Komen

  1. Nipu je keje..menghina hakim2 mahkamah kata di control oleh kerajaaan sekarang buat keputusan..da tak de modal menipu..giler kuasa berul puak2 ni .bila Allah dah tarik kuasa kerana tidak amanah masa memerintah..janji tak tunai..

  2. Kahkah.. tu sbrnrya masih dok berebut ngan Tun la tu. Depa ingat Tun nak kasi ka jwtn tu? Dia pun nak derr tempat tu balik. Porah. Dua dua pun kami xmau aih. Abah Din dah cukup baik dah.

  3. TERINGAT balik cerita BADANG….sanggup ke tun atau anwar memakan MUNTAH di antara mereka utk jadi kuat dan gila kuasa.

Comments are closed.