Nik Nazmi Nik Ahmad

KUALA LUMPUR – Setakat ini Pakatan Harapan belum mencapai kata sepakat isu Perdana Menteri ke-9, kata Ketua Setiausaha Pengelola Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sehubungan dengan itu, katanya, adalah tidak adil untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri kesembilan apatah lagi dengan apa yang beliau lalui sebelum ini.

Tambahan pula, menurut Ahli Parlimen Setiawangsa itu, rekod Tun Dr Mahathir dalam isu peralihan kuasa yang menimbulkan ketidaktentuan ketika PH memerintah sebelum ini.

“Krisis politik yang kita lalui selepas Langkah Sheraton sebahagiannya berpunca dari tindakannya meletak jawatan tanpa berbincang dengan rakan-rakan PH dan keyakinan bahawa Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS bersamanya,” kata Nik Nazmi yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan.

Menurut beliau, Malaysia memerlukan permulaan baru serta kerajaan bersih yang fokus untuk ekonomi lebih adil dan saksama untuk semua rakyat.

“Calon terbaik adalah Anwar Ibrahim,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar mohon maaf, PH terpaksa tangguh umum bakal perdana menteri

Anwar ketika bersiaran langsung di laman Facebook berkata, Pakatan Harapan (PH) telah sepakat tentang PM-9 namun pihaknya perlu memaklumkan kepada teman-teman PH iaitu Warisan dan Bersatu. – MalaysiaGazette

5 Komen

  1. Kesian laaa ko Nuar..Antony Loke dah umum DAP sokong Medey sbg calon PM..kah kah kah..ko kena tikam depan belakang laa ni…

  2. Virus Chinese Dapigs xboleh buat kawan setia,bila lagi YB Anwar n PKR nak sedar dari mimpi2.go by ur own style n thru imagelah.

Comments are closed.