Saifuddin Nasution Ismail

KUALA LUMPUR – PKR  kekal dengan pendrian bahawa mandat rakyat mesti dipulangkan ke tempatnya pada kadar segera termasuk dalam isu peralihan kuasa dari Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung parti itu, Saifuddin Nasution berkata, walaupun parti itu telah menyatakan pendirian mahu Anwar dinamakan sebagai calon perdana menteri kesembilan, namun pihaknya masih membuka ruang untuk perbincangan.

Katanya, sebarang keputusan di peringkat Pakatan Harapan perlu diputuskan oleh Majlis Presiden gabungan parti-parti pembangkang itu, justeru sebarang cadangan baharu tidak harus dijadikan permainan politik peribadi mana-mana tokoh.

Artikel berkaitan: PKR tolak pencalonan Dr Mahathir sebagai perdana menteri kali ketiga

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hasil mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu hari ini yang membincangkan isu calon perdana menteri, mandat rakyat dan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.

Mengulas lanjut Saifuddin berkata, MPP PKR berpendirian bahawa kerjasama di antara parti-parti dalam Pakatan Harapan mesti diperkukuh.

Katanya, MPP juga mengingatkan semua pihak sentiasa berwaspada dan jangan terperangkap dengan sebarang usaha atau langkah yang direncana untuk melaga-lagakan parti-parti dari dalam PH seperti mana yang pernah dilakukan terhadap PKR selama ini.

“Keadilan dan PH akan berusaha bersungguh-sungguh untuk bersiap sedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk Pilihan Raya Umum ke-15 lebih awal dari 2023,” katanya.

Semalam bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mecalonkan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal sebagai bakal perdana menteri kesembilan, manakala Anwar sebagai timbalan perdana menteri satu.

Bekas pengerusi Bersatu itu turut menamakan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai calon timbalan perdana menteri kedua.

Artikel berkaitan:Shafie calon PM, Anwar TPM1, Mukhriz TPM2

Menurut Dr Mahathir cadangan tersebut telah dipersetujui dalam pertemuan dengan kepiminan Amanah dan DAP.

Keputusan tersebut dibuat selepas PKR menolak pencalonan Dr Mahathir untuk jawatan perdana menteri buat kali ketiga.

Bagaimanapun, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan bersama menegaskan, perkara tersebut perlu dibincangkan dalam mesyuarat pemimpin tertinggi masing-masing terlebih dahulu.

Artikel berkaitan: Shafie calon PM-9: DAP, Amanah mahu bincang terlebih dahulu

— MalaysiaGazette

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

3 Komen

  1. ..jng banyak konar2 saifuddin….nanti pening!!
    …dah la selalu u-trun…
    ….kadang2 lama bebeno pusing dlm round board….
    ….adihh….

    ….teman ade mimpi semalam….tun m kata….saifuddin layak jadi pm9….

    ……adihhhhhh

Comments are closed.