Wakil rakyat baharu, Mohd Sharim Md Zain (dua kanan) meluangkan masa berswafoto dengan penduduk setempat semasa sesi walkabout selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Pasar Tani Bandar Dara, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2020

CHINI – Mohd Sharim Md Zain mengakui tanggungjawab selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chini yang baharu berat untuk dipikul seorang diri.

Justeru itu beliau memohon agar masyarakat Chini khususnya anak muda bersama-samanya untuk menggembleng tenaga bersama membangunkan lagi kawasan itu.

“Seadanya diri ini masih sama hanya berbeza tanggungjawab dan amanah yang saya pikul sangat besar dan saya pohon kerjasama semua masyarakat untuk sama bantu saya memudahkan perhubungan is peringkat masyarakat akar umbi untuk sampaikan apa juga isu untuk saya ketengahkan.

“Saya akan jemput semua kepimpinan muda di Chini dan sesiapa yang punya idea contohnya anak peneroka yang berjaya untuk kita bersama untuk beri pandangan,” katanya yang melakukan walkabout hari pertama selalu ADUN di Chini hari ini.

Wakil rakyat baharu, Mohd Sharim Md Zain (tengah) bersama sekeluarganya menunjukkan jari berdakwat selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini di Felda Chini 3, Pahang. foto SYAFIQ AMBAK, 05 JULAI 2020

Jelas Mohd Sharim, langkah itu perlu sebagai input bagi persediaan beliau untuk diketengahkan di peringkat negeri.

PRK DUN Chini menyaksikan calon BN Mohd Sharim Md Zain, 41, menang dengan majoriti 12,650 selepas memperoleh undi 13,872. Pencabarnya iaitu dua calon Bebas, Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, meraih 1,222 undi dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49, hanya mendapat 137 undi, menyebabkan kedua-duanya hilang deposit.

Fokus utama yang akan dilihat oleh Sharim antaranya adalah untuk mendengar segala masalah masyarakat Chini dan cuba untuk menyelesaikan perkara itu sebaik mungkin.

Jelasnya, tanpa mengira parti dan fahaman, tugas itu perlu dipikul melihat kepada mandat yang telah diberikan kepadanya dan Barisan Nasional (BN).

“Saya akan terus bergerak bertemu masyarakat Chini untuk bertanya khabar sebagai wakil rakyat. Saya nak dengar dulu keluh kesah dan permasalahan masyarakat di sini.

“Ia sebagai maklumat awal sebagai wakil rakyat. Saya akan buat perancangan untuk gerak kerja saya untuk bagaimana nak lihat pembangunan di Chini dan juga meneliti semua permasalahan sepanjang siri bertemu masyarakat,” katanya lagi.

PRK DUN Chini diadakan ekoran kematian Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, pada 7 Mei lalu di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung.

Abu Bakar menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak PRU11 pada 2004. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Chini kekal milik BN, majoriti meningkat

1 Komen

  1. Thank God, PH is losing grip on the Malaysian politics. The people have realized that PH cannot be trusted. Politicians in PH are a bunch of liars and conspirators. PH is not interested in helping people. It is only interested in taking revenge on DSN and UMNO. PH cannot blame DSN, UMNO, PAS or even TSM for losing power. PH has defeated itself. Mahathir made the biggest mistake and miscalculation in his entire political career. His greed for power has sunken Mahathir and the rest of PH into the bottom of the ocean. They went down like the Titanic. God is great. Eventually He has shown who is great. Man has his own plan and God too has His plan. At the end, God’s plan prevails against all evil plans of man. That’s what happened to PH. Hope a bigger defeat awaits PH in the coming GE-15. May God bless MN and PN. May God save Malaysia and its beautiful people from evil leaders of PH, ameen!

Comments are closed.