Keputusan kerajaan berhubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu mengambil kira kebajikan 7,000 pekerja di jajaran rel berkenaan di Terengganu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan, apabila berlaku pengecilan skala projek serta pengurangan skop kerja sudah semestinya menyebabkan kos pembinaan menurun berbanding perjanjian asal.- Gambar hiasan

KUALA LUMPUR- Kenyataan Pakatan Harapan (PH) yang mengatakan perjanjian tambahan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berjaya memberi penjimatan sebanyak RM21.5 bilion berbanding perjanjian asal tidak tepat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mendedahkan, apabila berlaku pengecilan skala projek serta pengurangan skop kerja sudah semestinya menyebabkan kos pembinaan menurun berbanding perjanjian asal.

Bagaimanapun, kerajaan terpaksa menanggung pelbagai kos lain  di samping terpaksa menanggung kos pembinaan tambahan dan komplikasi pengoperasian pada masa depan.

Tegasnya, setelah disemak secara mendalam, kadar unit bagi kos (unit rate for costing) pembinaan samada struktur jejambat (elevated), at-grade atau terowong yang digunakan oleh kontraktor projek ECRL tidak pernah berubah atau dikurangkan meskipun jajaran baharu telah dicadangkan oleh PH.

“Terdapat kos-kos lain yang tidak di maklumkan kepada umum. Contohnya kos pembatalan, abandonment dan penangguhan projek disebabkan perubahan jajaran kepada jajaran baharu melalui Negeri Sembilan dan Putrajaya dan penjajaran semula seksyen dari Kota Bharu ke Dungun telah dituntut oleh pihak kontraktor melebihi RM1 billion,” katanya dalam satu hantaran di Facebook bagi menjawab kenyataan yang dikemukakan bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini.

Jelas Ka Siong, jajaran ECRL dari Kota Bharu-Dungun-Mentakab-Kuala Klawang-Nilai-Putrajaya-Rimbayu menggunakan tren elektrik manakala sambungan jajaran Rimbayu ke Pelabuhan Klang yang merupakan the last-mile spur line akan disambung tren diesel kerana terdapat jambatan terbuka (draw bridge) di Pelabuhan Klang yang tidak dielektrifikasi.

Menyentuh mengenai dakwaann Anthony yang mengatakan perjanjian tambahan itu bakal menyelamatkan Permatang Kuarza Klang Gate daripada musnah akibat laluan ECRL, Ka Siong menegaskan, terdapat opsyen yang telah ditawarkan oleh kontraktor.

“Saya nak beritahu Anthony bahawa semua opsyen penyelesaian yang dikemukakan kepada kerajaan Selangor pasti tidak merosakkan permatang kuarza Gombak. Kalau tidak percaya, boleh semak dengan MRL,” katanya lagi.

MRL atau Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. adalah anak syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.

Menurut Ka Siong, hasil kajian Kementerian Pengangkutan mengenai jajaran ECRL akan dibentangkan ke Kabinet untuk pertimbangan serta memuktamadkan jajaran Seksyen C.

Selepas diputuskan Kabinet, kerajaan sedia untuk menerangkan kepada rakyat secara terperinci mengenai apa yang akan kerajaan lakukan demi kepentingan semua khususnya dalam membawa impak ekonomi kepada negara dan kenapa kita berbuat begitu.

“Saya sendiri akan memberi penjelasan terperinci kepada rakyat di dalam satu sesi media dan saya akan menjemput Anthony  untuk hadir,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Inilah terjadinya bila rancangan yang dah baik dikucar kacirkan oleh oleh ph cilaka iaitu puak madey dan dapig yang hanya bertujuan untuk mengaup duit rakyat masuk ke poket mereka. Sudahlah cukup.

  2. IBLIS mana pernah mengaku salah,
    zikir hariannya hanya mencuri,merompak dan menyamun,
    IBLIS terpaksa berzikir dgn lebih kerap demi utk menutup kebodohan dan salah sendiri,
    yg bodoh terus jadi bodoh dan jadi anjing,
    tp yg bijak Insya’ALLAH sudah boleh menilai

Comments are closed.