Kiswah Kaabah diganti dengan yang baharu.

MEKAH – Kiswah Kaabah diganti pada Rabu malam dan proses itu dikendalikan oleh staf Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sesuai dengan tradisi tahunan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Timbalan Ketua Presiden Umum Hal Ehwal Masjidil Haram, Ahmed Mohammed Al-Mansouri, dalam satu kenyataan berkata, Kaabah telah dipasang dengan kiswah baharu atau kelambu khas.

Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120 kg benang emas dan 100 kg benang perak.

Sebanyak 200 pekerja mahir terlibat dalam pembuatan kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz, kata Al-Mansouri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast