Gegaran letupan kuat di kawasan pelabuhan ibu kota Lubnan dirasai sehingga ke Cyprus yang terletak kira-kira 200 kilometer daripada lokasi kejadian

BEIRUT – Ketua Setiausaha Palang Merah Lubnan berkata mangsa letupan di Pelabuhan Beirut pada Selasa meningkat kepada 100 orang dan lebih 4,000 lagi cedera, lapor Agensi Anadolu.

Dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen Lubnan, LBC, George Kettaneh berkata, hospital-hospital Beirut tidak lagi mampu menampung jumlah korban yang semakin meningkat.

Beliau menambah jumlah korban meningkat kepada 100 dan lebih 4,000 cedera, dengan sebahagiannya masih berada di bawah runtuhan.

Media tempatan hari ini melaporkan mengenai letupan tersebut yang disifatkan sebagai satu tragedi dahsyat yang mengerikan.

Jumlah kematian dijangka melonjak memandangkan operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa-mangsa di bawah runtuhan sedang giat dijalankan.

Letupan yang berlaku itu dapat dirasai beratus-ratus kilometer sehingga ke Cyprus. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast