Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump menyifatkan letupan besar yang berlaku di Beirut kemungkinan satu serangan meskipun pemimpin Lubnan menyatakan ia disebabkan dari gudang yang menyimpan bahan letupan di bandar itu sejak beberapa tahun lalu.

“Amerika Syarikat bersedia untuk membantu Lubnan,” kata Trump pada taklimat di White House.

Kejadian itu mengorbankan sekurang-kurangnya 78 orang dan mencederakan ribuan orang.

“Ini seperti serangan yang mengerikan,” kata Presiden Amerika Syarikat.

Mengulas mengenai kejadian itu, Trump memaklumkan beliau sudah menemui jeneral-jeneral Amerika Syarikat yang melahirkan pandangan bahawa letupan itu bukan ‘semacam letupan pembuatan’.

”Mereka menganggap itu adalah serangan. Itu adalah semacam bom,” kata Trump lagi tanpa menamakan jeneral-jeneral tersebut. – MalaysiaGazette